Bila berbicara mengenai losyen, losyen yang ideal adalah losyen yang bukan sahaja dapat melembutkan kulit, namun melindungi kulit daripada kerosakan, untuk rawatan penyakit kulit dan memberi penampilan yang lebih muda serta sehat. Minyak kelapa dara sebenarnya memenuhi kriteria tersebut.
Minyak kelapa dara adalah merupakan losyen kulit semulajadi yang tersedia untuk mencegah pembentukan radikal bebas perosak serta memberikan perlindungan terhadap radikal. Keupayaan minyak kelapa dara juga begitu hebat sehingga mampu membantu mencegah kulit daripada pertumbuhan jeragat dan kerosakan lain yang disebabkan oleh penuaan atau terkena cahaya matahari yang berlebihan. Minyak kepala dara juga membantu dalam menjaga jaringan connective supaya ia tetap kuat serta longgar hingga kulit tidak mengendur dan berkedut. Malahan minyak kelapa dara juga boleh memperbaiki kulit yang rosak atau sakit atau dengan kata lain sebagai ubat penyakit kulit .
Orang Polinesia, yang secara tradisionalnya hanya memakai sedikit kain pada badan mereka, telah selama beberapa generasi terkena cahaya matahari yang panas membakar, walaubagaimanapun mereka tetap mempunyai kulit yang sihat dan indah tanpa cacat dan tanpa terkena penyakit kanser . Ini disebabkan kerana orang Polinesia makan kelapa dan menggunakan minyaknya pada tubuh mereka sebagai losyen. Minyak ini diserap ke dalam kulit dan dalam susunan sel jaringan connective, membataskan kerosakan yang boleh diakibatkan kerana cahaya matahari yang berlebihan. Kulit mereka tetap tidak mengalami kerosakan walaupun ketika kena cahaya matahari yang panas selama beberapa jam.
Ini telah membuktikan minyak kelapa dara ada antara cara terbaik dalam rawatan penyakit kulit. Bukan hanya disebabkan oleh orang Polinesia tetapi pelbagai kajian saintifik yang telah membuktikan kehebatan minyak kelapa dara .

sila klik link di bawah untuk maklumat minyak kelapa dara
>> penyakit kulit <<
Related posts:



Pingback: penyakit KULIT dan cara mencegah ! | penyakit kulit | Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit
Pingback: Rawatan penyakit kulit berasaskan minyak kelapa dara | Minyak kelapa dara Online