Diet yang sihat dengan tidak mengambil protein merupakan antara punca rambut lemah dan masalah rambut gugur . Ini berkemungkinan akhirnya membawa kepada masalah rambut botak yang semestinya tidak diingini langsung singgah di fikiran kita. Tapi ini tidak mustahil untuk berlaku sama ada pada wanita ataupun lelaki jikalau mengambil mudah tentang penjagaan mahkota kebanggaan manusia ini, khususnya daripada segi kesihatan dan kebersihannya.
Masalah Keguguran rambut yang boleh menyebabkan botak adalah juga dikenali sebagai alopesia androgenetik. Walaupun masalah rambut botak lazim berlaku di kalangan lelaki, masalah ini juga boleh berlaku kepada wanita.
Realitinya, masalah rambut gugur yang berlaku antara 50 hingga 100 helai sehari adalah masih dalam kategori normal, tetapi jika masalah ini tidak diambil berat dengan mendapatkan rawatan rambut botak yang sesuai,ia boleh berlarutan kepada tahap serius hingga boleh menyebabkan rambut menjadi semakin menipis serta akhirnya, mengalami masalah rambut botak yang berkekalan.
Masalah kepala botak yang bermula dengan masalah keguguran rambut dipengaruhi antara lain ialah tekanan psikologi yang kronik, tekanan perasaan yang berpanjangan, kecederaan pada kulit kepala, faktor genetik, jangkitan virus atau bakteria, kehamilan, perubahan hormon dan alahan terutama pada bahan kimia.
jikalau keadaan ini dibiarkan dengan tanpa sebarang rawatan keguguran rambut, lesi yang membesar sehingga sembilan sentimeter akan muncul, dan tidak lama kemudian akan menjadi ruam besar yang gatal. Bagi kes lebih serius, gelembung berisi air pada kulit kepala akan timbul.
Gelembung ini merupakan kesan daripada radang kulit kepala dan biasanya sakit. Pada peringkat ini, kebotakan serius mungkin boleh dialami, terutamanya bila kulit kepala turut dijangkiti bakteria staphylococcus. Bakteria ini seterusnya boleh mengakibatkan nodus limfa pada leher membengkak dan merah.
Oleh itu, jika anda mengalami masalah rambut gugur , usahalah untuk merawat rambut gugur tersebut supaya akhirnya tidak membawa kepada masalah rambut botak.
sumber : www.biovco.com
Antara yang dicadangkan adalah rawatan tradisional keguguran rambut dengan menggunakan minyak kelapa dara. Maklumat lanjut sila klik link di bawah:

>> rawatan rambut botak <<
Related posts:



Pingback: Penyelidikan mengenai rawatan keguguran rambut | Rambut Gugur | Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit
Pingback: Punca keguguran rambut | Minyak kelapa dara Online